Friday, October 22, 2010

lelaki masak tak cool

Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..

Eh lelaki memasak? Bukan ke lelaki lebih sinonim dengan makan di luar. Tak kan nak memasak pula. Kata orang mana cool lelaki memasak. Makan di kedai kan lebih cepat dan menjimatkan masa. Lagi pula, apa sangat la yang lelaki tahu tentang masakan.

Sinonim seorang lelaki, hanya tahu bertanya bila makanan dah sedia. Paling kurang, hendak tahu menu apa yang ada. Jarang rasanya lelaki akan masuk ke dapur untuk menolong menyediakan makanan. Apatah lagi hendak memasak.

Ada juga yang memandang serong apabila seorang lelaki berkebolehan dalam masakan. Jika lelaki bujang, ada yang cuba melihat apakah mereka itu lelaki lembut. Andai sudah berkeluarga, pandangan nakal mungkin menyusul bahawa barangkali mereka takut bini!

Benarkah begitu? Jika dilihat fenomena di restoran atau kedai makan, biasanya tukang masaknya adalah lelaki. Malah rancangan-rancangan masakan di kaca televisyen pula sering menampilkan chef dalam kalangan lelaki. Takcool?

Pandangan bahawa hanya kaum wanita plak, tahu memasak barangkali telah lapuk. Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..

Kalau dulu-dulu, antara kriteria calon isteri disarankan orang tua adalah memilih anak gadis yang pandai memasak. Kata mereka, kerana masakan dapat menambat hati suami di rumah. Hingga tidak lagi terliur masakan di luar.

Namun, kalau lelaki yang pandai memasak, bukankah itu satu bonus buat kaum wanita? Situasi sekarang sudah berubah. Isteri turut sama membanting tulang keluar mencari rezeki. Kadang-kadang tidak punya kesempatan untuk menyediakan makanan di rumah.

Di sinilah untungnya wanita bersuamikan lelaki yang pandai memasak. Andai punya ruang terluang lelaki yang boleh membantu mengambil alih tugas isterinya di dapur. Belum lagi ketika isterinya berpantang setelah ber salin. Sekurangkurangnya ringan tanggungjawab isteri.

Cuba bayangkan keadaan begini. Seorang lelaki yang punya jawatan besar di syarikatnya pulang ke rumah namun tidak lokek untuk memasak bersama isteri. Bayangkan dengan masih memakai baju kerjanya siang tadi, seluar belum bertukar, tetapi menyinsing lengan memotong bawang. Barulah cool.

Memasak sama tanggungjawabnya dengan mengemaskan rumah, menjahit serta menyediakan pakaian anak bagi seorang lelaki. Membayangkan bahawa tiada ego yang tersimpan dalam hati seorang lelaki untuk membantu wanita bergelar isterinya... klu boleh, ak nak r cari suami cam bru save bajet n dapat membantu si isteri...haha....bagus klu dpt suami cam nie....

p/s :masa firs sem ada r lecturer ak tnya ape ciri 2 suami ada..ak selember jew jawab mesti pandai pndai memasak ...n dia ckp knape pilih jenis nie....awk x pndai masak ke...wahh..sentap hati....ish..bengang ak..seje jew nk jenis nie...

No comments:

Post a Comment