Sunday, February 19, 2012

tip belajar :Fokus sepenuhnya ketika hafal


BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar menjadi lebih cemerlang.

Antara aspek penting perlu diberi tumpuan ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar,diskusi berkumpulan atau catatan fakta.

Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening.

Justeru, cara hafalan yang betul ialah:

- Menggunakan gambar sebagai memori

Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.

- Berikan tumpuan penuh semasa menghafal.

Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.

- Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.

Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.

- Mula belajar sejak awal.

Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru.

- Mengulang kaji sedikit-sedikit.

Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan.

- Buat nota ringkas.

Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda ‘gembira’ ketika meng­ulang kaji.

Tuesday, February 7, 2012

keychain guitar n cupcake .


cntik x..baru siap seminggu yang lepas ..simpan taw...hehe..buatan sendiri..

Wednesday, January 11, 2012

Bisikan CintaMU


Tatkala subuh menjelma
Aku berzikir saban hari
Menginsafi perbuatan sendiri
Hanya padaMu ku ratapi
Khilaf diri setiap hari
Tanpa aku sedari

Ya Allah
Engkau sahaja tempatku memohon
Kau jauhilah    kemaksiatan di dunia ini
Kau berikanlah aku kemanisan
Kenikmatan di dunia ini
Namun seandainya aku alpa
Kau sedarlah aku dari mimpi yang lena ini

Friday, December 30, 2011

jom kita beli majalah i islam bulan januari 2012

aku teringin nk baca majalah i islam.kadang 2 je beli .bnyak info yg menarik untuk umt islam..
jom kita menyokong i islam dan memberi kesedaran .

Thursday, December 1, 2011

Sudah lama tidak menulis …..

Kalau di tanya seorang demi seorang ramai yang mengaku mereka sudah lama tidak menulis …Menulis maksudnya tidak mencatatkab sesuatu menggunakan pen atau pensil dan menulis menggunakan tangan melebihi satu halaman …mungkin golongan yang masih menulis adalah penuntut universiti dan pelajar sekolah .Itu pun ketika peperiksaan atau menyalin nota …Selebihnya menggunakan komputer .Pensyarah juga mungkin menulis sekadar member komen terhadap kerja dilakukan pelajar.Hanya terdapat segelintir sahaja yang masih menulis dalam diari apa yg berlaku dlm seharian .Contohnya ,ada guru saya semasa di tingkatan 6 dulu berkata ada kebaikan juga kalau mencatat apa yg perlu dilakukan supaya tidak terlupa.Doktor masih menulis tetapi ia lebih kepada penyakit pesakit atau senarai ubat diperlukan pesakit .Menteri atau ketua jabatan pula menulis ulasan atau memberikan alas an .Kebanyakan orang tidak lagi menulis surat tetapi menaip e-mel .E-mel lebih pantas dan cepat .Seorang anak tidak lagi menulis surat kepada ibubapanya di kampong ..tetapi menggunakan pangilan ayahanda dan bonda kerana mereka berhubung dengan telefon atau khidmat pesanan ringkas .Hakikatnya ramai tak menulis..Teringat awal 2001 dulu2 ,kak sya yg belajar di mesir hanya berhubung melalui surat dengan ayah untuk bertanya khabar ..kadg 2 je kak menelefon guna public fon di sana..

Monday, August 22, 2011

Melawat pusat dialisis ..ku x sanggup melihat penderitaan penyakit buah pinggang..

Baru 2 nie aku ada pergi ke pst dialisis untuk bertanya dengan lebih detail bgi prosedur ke stuw sbb ayah aku mmg kne buat dialysis buah pinggang seleps bulan 7 ni,first time masuk mmg takut sgt ramai warga emas dan org muda yg sedang melakukan rawat cuci darah..aku x sanggup melihat wayar 2yg masuk dlm bdn mereka .. muka aku nampak steady msa masuk ke situw padahal mmg dalm hati rasa kesian,takut dan x sanggup melihat mereka kne lakukan rawatan tuw..dah r kne bergantung kpd mesin dialysis sampy seumur hidup……ish ,kesian ,tapi demi hidup ,mereka kne kuat semangat untuk hidup.aku memang respect pada mereka…pesakit penyakit buah pinggang skrg sudah bertambah tinggi skrg,klu x slah aku ,penyakit yg popular dihidapi oleh masyarakat Malaysia selain drp kencing manis,darah tinggi,jantung ..so ,pada kita yg sihat 2 harus lah menjaga kesihatn ,jgn mls bersenamlah…mkn sayur2 ,kurg kan mkn makanan laut…

Aku nk cakap pasal chef wan ..sepatutnya kita mencontohi chef wan.

Beliau seorang yg amat menghormati ibunya .Bagi Chef Wan ibu adalah segala – galanya.menurut beliau,pernah di dalam perjalanan beliau bersama ibunya ke Sepanyol ,krew rakaman meminta agar Chef Wan itu dan ini,tapi apa kata beliau “ooo ibu saya first ye..”.Beliau pernah tunduk memakaikan kasut untuk ibunya ,ketika ditanya .Chef Wan menjwab ‘mak kita dulu pakaikan kita kasut berapa ribu kali ?.Beliau juga selalu menbawa ibu pergi ke mane 2 sahaje jika ada rakaman diluar ngara @ dalm ngra.

Pada saya ibu memang sumber keberkatan sehingga kan Nabi pernah ditanya oleh seseorng ,siapakah yg patut aku hormati tiga kali Nabi menjawab ibunya barulah ayah..Doa ibu adalah senjata untuk kita Berjaya dalam kehidupan.Aminnnn.Semoga kita sama2 mencontohi sikap chef wan ini…