Sunday, February 19, 2012

kisah budak putus cinta ...menarik dan kelakar

Kisah Budak Putus Cinta

Suatu petang di warung bihun sup utara. Area Pantai Dalam Bandar Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Bukit Angkasa. Walaupun tiada pantai disitu. Tiada juga Syeikh Muzaffar menaiki angkasa disana. Namun itulah nama. Hiasilah nama anda walau ianya amat berbeza dengan identiti anda.

Sedang menghirup sup yang panas. Bersama Mat yang leka dibuai mimpi bihun sup. Hujan yang turun renyai-renyai buatkan hati bertambah dibuai. Adakah ini tandanya daku mula berhati jiwang.



Tiba-tiba datang seorang pemuda. Rambut serba belah tengah. Dengan gaya yang agak skema bagiku jika dibandingkan dengan zaman 'stylo'nya anak muda kini. Baju tertulis "Girlfriend Wanted". Seluar jeans berkaki kecil. Kasut Converse. Baru ku teringat..ini fesyen Jaguh Lebuh Raya. Sudah mungkin tidak layak baginya berada di Red Carpet ABPBH..Namun apa ada pada baju, andai jiwa seindah berlian.. Asalkan dalam hati ada taman...

Amir ( bkn nama sebenar ) : Assalamualaikum Ustaz kita..

Aku : Waalaikumsalam orang muda kita..apa cer...dari mana hendak kemana..

Amir : Dari bandar hendak ke muara...hehe..

Aku : meh duduk-duduk minum dulu...order apa yang patut.

Amir : Ustaz ada apa kat sini. Rindu bihun sup ka..

Aku : Saja dah lama tak pekena bihun sup...Nama apa tak tau..

Amir : Amir..Saya sekarang dok kerja di Mid Valley ustaz. Kerja Restoran. Dak ustaz...saya sebenarnya ada problem ustaz. Problem nih memang malu nak cerita. Tapi dah parah sangat dah.

Aku : Apa dia cek...belum masuk gear satu berkenalan ko dah bawak mai problem..kotla nak bawak durian ka..boleh kita aqiqah ramai2 kat sini...Besaq sangatka problem tu..

Amir : Masa itu golden ustaz..straigh to the point..Tak la besar sangat ustaz, tapi tiap malam kita tak boleh tidoq. Ni Rahsia Pohon Cemara punya kisah..Ini kes putus cinta ustaz!!! Awek saya dah takmau kat saya...dia nak kat orang lain..Mahligaimu Dari Airmataku ustaz..nyanyian Kumpulan Lestari.

Aku : Aik...muka sikit punya brutal pun pasang awek ka...Dahsat..

Amir : Ustaz jangan perli saya..tapi nak buat camana, dah tak boleh nak elak. Moto boleh pacak satu tayar..Lampu motor boleh menyuluh bulan..Tapi bab awek ni tersungkur ustaz..Nyanyian Rindu Buatmu..

Aku : Betol2..sapa yang tak sedih kalau clash..Brutal-brutal jugak..tapi main dengan cinta Lukaku Lukamu Jua ni..mana boleh tahan..camana boleh putus tuh..setori sikit..

Amir : Ntahla ustaz..hari tu saya tak dak kredit. Tetiba sahaja dia cakap saya ni tak respon sms dia. Saya dah topup, call dia balik, tapi dia tak angkat sampai kesudah..Luka Lama Berdarah Kembali ustaz..

Aku : La...takkan sebab tu saja..manala nak tau dia tak angkat sebab dia buat-buat merajuk main cerita hindustan..Perempuan ni dia suka dipujuk...Laki kena jadi macam Tam Spider.."Relaku Pujuk"..

Amir : Andai Dapat Ku Undurkan Putaran Dunia..Pujuk mender nya ustaz..tup tap tup tap dia dah pasang BF baru..Nak cakap hensem, saya hensem lagi...cuma dia smart dekat baju jer..style katakan..Pompuan sekarang kadang suka tengok style baju pakwe jer..

Aku : Isy2..belum habis tempoh iddah dia dah cari 'balak' baru. Yang ko pun satu..Dah takdak awek lain ker sampai teringat dekat dier. Ubat aper dia pakai sampai ko tak leh lupa kat dia..Dirantai di Gelangi Rindu..

Amir : tak boleh la ustaz..Hati ni tak boleh pi la..dok teringat kat dier jer..walaupun dier siap naik keta dengan pakwe baru depan mata kita..Macam nak siku jer side mirror keta pakwe dia..Dia ingat moto Yamaha LC saya ni cikai ker..

Aku : Tu la ko...naper tak tukar pakai keta..pakai baju style2 skit..Dah dia buat cenggitu kat ko, masih lagi boleh tunggu. Kalau ustaz, dah lama tinggalkan awek gitu. Banyak lagi cikaro kat luar sana. Ko tak rasa macam diperbodohkan ker...walaupun ko tu budak U, namun ustaz tengok ko ni senang-senang jer kena tipu dengan GF ko tuh...Tak payah la suka dekat dier lagi..Nanti ko mesti dapat yang lebih baik dari dier.

Amir : Saya ni dah tahap tak boleh pikir lagi ustaz. Masalah negara boleh lagi nak handle. Masalah aweks ni ustaz...aduhh..Saya dah tak kisah orang nak cakap aper kat saya. Mat Jiwang ker, Mat Bunga ker...yang penting awek saya tu saya nak balik..

Aku : Ya Allah...dah terang lagi jelas dia buat ko macam tu, ko nak lagi dekat dier...Ko tau tak, yg dia cakap ko tak balas sms dier tuh hanya sekadar alasan jer. Dia nak cakap ko yang salah dalam Hubungan nih. Padahal dia yang dah ada BF baru. Dia cari alasan lain nak cover. Perempuan ni dia pantang digelar 'curang'. Kalau dia dah berkenan dengan orang lain pun dia tetap akan setia dengan BF lama. Sebab bagi perempuan, curang tuh dikira jahat habis..tapi kes ko ni dah terbalik..

Amir : Saya paham tuh memang alasan tak logik. Dia saja nak putuskan hubungan dengan saya. Bukan sebab saya tak balas SMS dia... Tapi ustaz...ni hati ni..Dah terlalu sayangkan dier..

Aku : ya rabbi..Lupakan saja dia tu. Selalunya lelaki yang curang...Ni terbalik pulak..perempuan yang curang...mana boleh..Pantang lelaki dicurangi...Sia-sia ko pakai kasut converse..kalau ustaz, dah lama kasut tu melekat di wajah GF ko...hahah ( Aku sengaja membakar semangat..)

Amir : Kalau dah hati tak boleh lupa macamana ustaz...bagi la ayat al-Quran yang boleh saya lupakan ex GF saya ustaz..

Aku : Dalam al-Quran tak dak ayat khusus untuk lupakan si Aweks.. Namun ayat seluruh ayat al-Quran adalah penawar yang apabila dibaca, difahami, dihayati...membuatkan kita melupakan Cinta yang lain selain cinta ilahi...

Amir : Ok2 ustaz..saya cuba..tapi...Erkk...kalau dah cuba tak boleh jugak ustaz...caner..ada tips lagi dak?

Aku : Kalau ko tak boleh lupa jugak..ko pegi ketuk Pakwe awek ko tu dengan batu besar, lepas tuh ko bunuh Pakwe dia...pastu ko kena tangkap..ko masuk penjara. Last sekali ko mintak dekat warder penjara ko tu, nak buat permintaan terakhir... Ko pinjam kat diorang radio, kaset dan gitar...Last skali ko rakam nyanyian terakhir untuk bekas GF ko...Nyanyian Dalam Penjara..."Bertahun Sudah Ku Menunggu Dirimu...Akhirnya Kau Menjadi Milkku..."...habis cerita..



Kisah pertemuan Amir dan Aku sangat panjang. Kisah suka duka nya dikongsi bersama. Puas aku penat menasihati. Jawapan yang sama..."Saya tak boleh lupakan si dia"..

Macam inikah kisah cinta? Kawan-kawan kat luar sana. Si pembaca semua....nak tanya korang nih. Betulkah macam ni punya teruk orang yang putus cinta?...Betulkah lelaki jugak boleh jadi kurang siuman bila ditinggalkan awek mereka?

Lagu 'Butakah Cinta' nyanyian Spring itu tak memberi peringatan kepada kita ker? Sengaja nak tanya geng rock leleh diluar sana. Kot-kotla korang ada kisah ditinggalkan cikaro..jomla kongsi perasaan.copy .by iman muda asyraf...menarik utk di kongsi bersama.

No comments:

Post a Comment